TART BUAH - BUAHAN

BAHAN-BAHAN


PASTRI:
-120g mentega
-1 biji telur gred B
-450g tepung gandum
-2 sudu teh air sejuk
-1/2 sudu esen vanilla

KRIM KASTAD:
-100g tepung kastad
-150 ml air
-100g krim putar/susu UHT
-buah kiwi,strawberi dan anggur


CARA-CARA MEMBUAT


- Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur ,air ,esen vanila dan uli sehingga sebati.
- Masukkan tepung dan putar perlahan hingga menjadi doh.
- Keluarkan doh dan masukkan ke dalam plastik. Letakkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
- .Panaskan oven selama 15 minit .Ambil sebesar ibu jari kaki,penyetkan ke dlm acuan saiz 5 cm.Acuan tidak perlu digris .
- Bakar selama 15 minit dgn kepanasan 180c atau hingga kekuningan
- Untuk krim kastad putar tepung kastad segera dgn air sejuk hingga pekat dan lembut.Masukkan krim putar dan kacau sebati.Letakkan atas kuih tart dan hiaskan dgn buah-buahan

Comments

Popular posts from this blog

SATE BUAH

SANDWICH BUAH-BUAHAN